Friday, December 10, 2010

Teh dan Teh

Perkongsian,Nasihat,Jenaka,Bosan

 HAHAHAHA
itu adalah ungkapan aku kalau aku rase cerita yang aku nak sampaikan ni agak menjengkelkan.Tapi sebaliknya itu lah kebenaran hidup aku dan kepada mereka
yang kusyuk bercinta.Kawan-kawan sering kali berdekah dan tersenyum bila aku bercerita tentang kisah cinta aku pada mereka.Ada yang meronyokkan bibir bila aku sedang bercerita.
              Bagi aku pabila bercerita dapat meluahkan isi aku dan rasa kegembiraan dapat dikongsi bersama justeru menjadikan tauladan yang baik.Junk adalah rakan aku yang paling pertama akan gelak berdekah bila
aku bercerita,kemudian barulah diikuti dengan rakan-rakan yang lain.Lokasi aku bercerita adalah dikedai mapley bersama rakan keramat aku,mereka sering kali
melayan karenah mulut celoteh aku yang tak henti-henti merepek,
              Di tambah pula dengan sound effec daripada mulut aku serta gaya dan cara penyampaian aku membuatkan cerita lebih rancak untuk di kongsi.
Junk adalah orang yang paling susah nak bercerita tentang gadisnya.Setelah beberapa kali cubaan untuk menggali hati dia yang keras itu barulah dia akhirnya bercerita.Seperti biasa cerita punya cerita
Dunhill dan teh tarik adalah menu utama aku untuk menggabungkan kesyahduan rasa pabila bersembang.
              Kaki bersilang tangan memegang talifun bimbit berpenggera aku
terus kencang bercerita,hari dan waktu adalah kelemahan aku untuk menyukat pabila bercerita.Mana taknya bila bercerita langsong tak sedar,kalau ribut pun agaknya aku tak sedar.Mesti tertanya-tanyakan cerita apa yang
aku cuba nak sampaikan?yang rasa suasana aku dan rakan-rakan/nak tahu jom la berpaut sekaki.Tapi kena belanja aku teh tarik oney dan dunhill.

Friday, December 3, 2010

Pekena Teh dan Dunhill Dahulu Sebelum?

where's my happiness










.PERTAMANYA
.keluarga
.perempuan yang aku sayangi
.kawan-kawan yang ku hargai

keluarga
.Adalah yang paling penting untuk menemani aku walau apa jua keadaan sekalipun,mereka semua sangat berharga dan tidak ternilai dengan duit mahupun harta.Aku berada didalam sebuah keluarga yang tidak ada tandingannya kasih sayang yang di curahkan daripada mereka kepada aku.Terutama sekali ialah ibu.Dia adalah wanita yang paling berharga dalam hidup aku.Perjuangannya untuk membesarkan aku adalah sangat hebat dan tiada tandingannya.Sejak aku kecil sampai lah sekarang,dia tak pernah bosan untuk mendidik aku untuk menjadi orang yang berguna(walaupun aku ni degil cam jembalang).Ibu adalah idola aku,dia bnyak korbankan segalanya untuk keluarganya tanpa memikirkan akan kesenangannya.Masa aku belum matang,aku banyak buat hal dengan dia,aku banyak sakitkan hati dia.Bila aku menigkat dewasa,fikiran pun dah memanjang barulah aku sedar akan pentingnya kasih sayang seorang ibu.Kadang kala aku sering tertanya-tanya akan tiba suatu hari nanti aku akan kehilangannya?Sebelum dia hilang didepan mata aku dan nasi menjadi bubur,masa ini lah aku nak tunjukkan pengorbanan aku dan tanda peghargaan aku terhadap pengorbanannya.So korang semua,hargailahnya dengan seadanya,jangan sampai terlambat.
   Tidak lupa pula dengan pengorbanan seorang ayah dan juga adik beradik yang lain.Aku tetap akan hargai mereka dengan seadanya dan mengutamakan mereka.Biar aku kehilangan nyawa aku asalkan aku tidak kehilangan maruah aku,martabat aku dan keluarga aku.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANGI
.Dia adalah tulang belakang aku untuk membawa dan memberi semangat aku untuk meneruskan dan menempur akan liku-liku kehidupan ini.Tanpanya aku akan patah dan susah untuk meneruskan perjalanan aku.Dia seorang yang sangat manja dengan aku,senyuman,gelak tawanya dan juga manjanya cukup untuk menghiburkan dan menyerikan hidup aku dimasa aku kesedihan dan kesusahan.Dahulu aku sering dihantui dengan cinta monyet masa di zaman sekolah.Aku tertanya-tanya akan cinta dan perasaan.Apa itu cinta?apa itu perasaan cinta?apa itu pengorbanan?apa itu kesakitan?
Persoalan-persoalan yang sering mengganggu pemikiran aku jika didalam percintaan.Di bangku sekolah aku agak susah untuk mengenali apa itu cinta.Aku tak nampak tetapi aku merasakannya tanpa sentuhan.Betapa besarnya kekuasaan ALLAH yang telah menganugerahkan kepada hamba-hambanya.Bila aku semakin dewasa,aku dah lalui pelbagai jenis perangai dan hati manusia kaum hawa ini aku semakin lali dengan rintihan dan liku-liku bercinta.Tetapi aku masih lagi tidak dapat mengenali dan membaca hati seorang wanita.Begitu juga dengan perempuan yang aku sayangi ini.macam-macam karenah yang aku dah hadapi dengannya.Tetapi dengan berbekalkan pengalaman hidup ini.Aku seakan sudah yakin dengan keputusan yang aku pilih untuk menyayangi si dia dengan sepenuh hati aku.Aku juga sering bermonolok jika aku di tinggalkan si dia,apakah aku bersedia untuk menghadapi cabaran seperti itu?hm...tepuk dada tanya selera...Seberapa banyak pengorbanan aku terhadap si dia.Aku hanya berserah pada Tuhan dengan apa yang dianugerahkan oleh NYA dan di tentukan oleh karma.Yang paling penting aku tetap berusaha untuk menjadi seorang yang paling disayangi olehnya.Dan tidak mensia-siakan akan pengorbananya serta cintanya <3


KAWAN-KAWAN YANG KU HORMATI
.Kawan juga penting dalam kebahagiaan kehidupan aku.Mereka juga pemberi semangat dan penghibur.Tetapi susah nak mencari kawan yang betul-betul ikhlas dan sentiasa ada semasa kita jatuh tersungkur.Bagi aku kebanyakan orang yang aku jumpa adalah mereka datang membawa hajat.Susah nak jumpa dengan kawan yang betul-betul setia dan ikhlas.Kalu di masukkan didalam kesetiaan itu memang takdalah sebab mereka masing-masing mempunyai hak dan kemahuan mereka sendiri.Ada juga yang baik dan ikhlas tapi susah nak jumpa dikalangan kelompok itu,Bagi aku selagi mereka tidak mendatangkan beban kepada aku dan tidak memasang niat jahat terhadap aku.Orang-orang seperti itu lah yang akan aku sanjung dan hormati..

itulah cara aku untuk mendapatkan kebahagiaan didalam hidup aku.Mungkin tajuk aku kali ni macam sedih,tapi ni lah yang aku cuba ceritakan kt page aku sendiri..
hahahahahaha
yang penting kita mesti ada cara untuk membawa kehidupan kita sendiri dengan cara kita.Bukan dengan cara orang lain.Be ur self